Red Chillies Entertainment

Red Chillies Entertainment ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran filem India yang ditubuhkan oleh Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri Khan pada tahun 2003. Ia telah bertukar nama dari Dreamz Unlimited yang tidak beroperasi. Perolehannya ialah sekitar $ 500 crore.Red Chillies telah membentuk studio filem sepenuhnya di India. Aktiviti studio ini merangkumi pembangunan kreatif, penerbita , pemasaran, pengedaran, pelesenan, cenderamata dan pensindiketan filem di India dan seluruh dunia.[1] Mereka juga ialah syarikat kesan visual utama.Selain daripada penerbitan filem, RCE mempunyai studio kesan visual yang dikenali sebagai Red Chillies VFX, yang dianggap sebagai syarikat kesan visual utama India.[2] Syarikat ini juga mempunyai kepentingan 55% di dalam pasukan kriket Liga Perdana India, Kolkata Knight Riders, Trinbago Knight Riders dari Liga Perdana Caribbean dan Cape town Knight Riders[3] dari T20 Global League.Sanjiv Chawla adalah bekas CEO syarikat itu, sementara Gauri Khan berkhidmat sebagai penerbit. Pada Februari 2013, Venky Mysore, Ketua Pegawai Eksekutif Kolkata Knight Riders mengambil alih tanggungjawab tambahan sebagai ketua Red Chillies Entertainment.[4][5]

Red Chillies Entertainment

Industri Filem
Perancang utama Shah Rukh Khan
(pengerusi bersama)
Gauri Khan
(pengerusi bersama)
Venky Mysore
(CEO)
Pradeep Nimani
(CFO)
Ibu pejabat Mumbai, India
Pengasas Shah Rukh Khan
Gauri Khan
Laman sesawang www.redchillies.com
Ditubuhkan 2003 (dahulu dikenali sebagai Dreamz Unlimited pada 1999)
Pembahagian Red Chillies VFX
KidZania
Kolkata Knight Riders
Cape Town Knight Riders
Trinbago Knight Riders
Red Chillies Advertising
Film Production
Film Distribution
Pendahulu Dreamz Unlimited
Jenis Swasta